Monday, August 31, 2015

Shah's HOMESTAY

PROMOSI CUTI CUTI MALAYSIA 2015

Shah's HOMESTAY sedang melancarkan promosi Murah dan Selesa bermula pada bulan September 2015 hingga Disember 2015.
Harga sewaan di kurangkan kepada RM250 semalam dan masih terus bersedia untuk rundingan. Kemudahan dan Keselesaan terus di tambahbaik ..
Semoga anda terus memberi sokongan dan galakan.

SILA HUBUNGI KAMI UNTUK TEMPAHAN

          SHAHRUDIN   019 6586755, 019 4567620, 0194476755

ALAMAT KAMI

          NO  22  JALAN TERATAI  TAMAN PUCHONG PERDANA
                      47100  PUCHONG     SELANGOR DARUL EHSAN

Gambar-gambar kami sila ke laman seterusnya;






                 
Penginapan yang disediakan adalah sebuah rumah teres tiga bilik dengan dua bilik air. Rumah dua tingkat dengan dua bilik tidur ditingkat atas beserta bilik air dan di tingkat bawah, mempunyai ruang tamu dan dapur dengan bilik air dan sebuah bilik tidur. Bilik tidur utama dilengkapi dengan pendingin hawa untuk keselesaan tetamu dengan katil    ‘ Queen size’ terletak di tingkat atas. Bilik tidur kedua juga dengan katil ‘ Queen size’ ditingkat bawah. Bilik tidur ketiga ditingkat atas dilengkapi katil ‘single’. Sangat selesa untuk penginapan lima orang dewasa.

LOKASI KAMI



Terletak ditengah-tengah pembangunan pesat Bandar Puchong. Sangat mudah dihubungi samada dengan kereta, bas atau teksi. Pengangkutan kereta api ‘LRT’ sedang dalam pembinaan dan dijangka beroperasi pada awal 2016. Sebuah stesen ‘LRT’dalam jarak kurang satu ratus meter sedang dalam pembinaan. Kedudukan rumah ini adalah berhampiran dengan Masjid As Salam Puchong Perdana. Berbagai program yang diadakan di masjid dapat dihadiri hanya dengan berjalan kaki kira-kira lima minit. Tasik Puchong Perdana yang menjadi kunjungan penduduk setempat untuk beriadhah terletak diseberang jalan. Tetamu boleh bersiar siar dan menikmati keindahan tasik di waktu senggang.
Pasar malam yang diadakan setiap petang isnin di hadapan Sekolah Kebangsaan Puchong Indah berbaloi dikunjungi untuk membeli belah juadah makan petang dan malam. Berbagai kuih muih dan makanan terdapat disini . Barangan lain seperti pakaian dan kelengkapan seharian yang murah juga boleh didapati di pasar malam ini.
Penggemar membeli belah juga boleh berkunjung ke Pasar raya berhampiran seperti Tesco, Giant, AEON big dan IOI MALL yang terletak hanya dengan memandu kurang dari 6 minit diluar waktu puncak. Pusat membeli belah baru, IOI-City Mall kira-kira 15 minit dengan memandu kereta begitu Hospital Serdang yang terletak bertentangan dengan IOI-City Mall.Bandar bandar berhampiran seperti Sunway, Subang Jaya, Shah Alam, Bangi, Kajang dan Putrajaya sangat mudah dihubungi dengan Lebuhraya yang hanya memerlukan waktu memandu dalam lingkungan kurang 20 minit untuk ke destinasi tersebut.
Menghadiri Majlis Graduasi atau mendaftar atau majlis-majlis khusus di Universiti berhampiran seperti Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Universiti MultiMedia (MMU) Cyberjaya, Taylors University, Sunway College University adalah hanya memandu sejarak 10 minit hingga 25 minit sahaja.

TERMA DAN PERSETUJUAN
Persetujuan sewaan diantara pemberi sewa dan tetamu amat lah mustahak didalam urusan perniagaan. Beberapa perkara perlu dijelaskan supaya kedua-dua pihak memperoleh manafaat. Penginapan yang disediakan kepada tetamu adalah diharapkan selesa dan memuaskan hati. Penyediaan penginapan adalah urusan yang memerlukan modal yang agak besar dan penelitian yang rumit. Sebuah rumah dikawasan Puchong Perdana adalah kurang lebih sekitar empat ratus ribu ringgit pada ketika ini. Oleh itu pulangan juga perlulah seimbang kepada pelaburan. Sewa yang dikenakan adalah berpatutan dengan mengambil kira pelaburan yang diperlukan apatah lagi ditengah tengah kepesatan pembangunan Puchong dimana kawasan rumah baru adalah mencecah jutaan ringgit.
Kadar sewa yang dikenakan untuk penginapan satu malam adalah ringgit Malaysia dua ratus sembilan puluh sahaja. Namun harga sewaan ini adalah harga sewaan sebelum rundingan, harga optimum yang biasa setelah perbincangan selalunya tidak melebihi dua ratus lima puluh ringgit setelah tawar menawar kedua belah pihak. Harga sewaan bukan lah perkara utama kepada pemberi sewa bahkan keselesaan tetamu adalah lebih diutamakan. Sekiranya penginapan disambung kemalam kedua maka sewaan boleh terus dirunding. Kadar ini adalah untuk lima orang dewasa, sekiranya lebih tetamu , maka sedikit tambahan setiap seorang dewasa diperlukan berdasarkan tambahan kos terhadap kepenggunaan kemudahan yang disediakan.
Waktu Check-In adalah pada jam 2.30 petang dan waktu Check-out adalah pada jam 12 tengahari. Waktu Check-out boleh dilewatkan atas permintaan dan perbincangan. Lewat Check-out untuk satu jam pertama dikenakan tambahan sewa sebanyak ringgit Malaysia dua puluh lima. Kadar ini adalah kadar rata sehingga jam tujuh malam. Sekiranya lewat Check-out melewati jam tujuh malam maka kadar sewaan harian akan dikenakan.
Shah’s HomeStay disediakan dengan kemudahan sofa, kerusi dan meja makan, periuk masak, pinggan mangkuk, TV, dapur masak, kettle, sterika dan iron board, kipas, pendingin hawa dan lain-lain agar tetamu selesa dan santai. Adalah menjadi tanggungjawab kedua belah pihak agar kemudahan tersebut sentiasa dalam keadaan baik dan boleh digunakan. Sekiranya berlaku kerosakan atau masalah keatas kemudahan tersebut maka sebaiknya pemberi sewa dihubungi dan diberi maklum segera agar diambil tindakan sewajarnya. Sekiranya masalah yang timbul disebabkan kecuaian tetamu maka tetamu adalah bertanggungjawab memulihkan keadaan. Namun semua perkara ini boleh dibawa berbincang agar kedua pihak berpuashati dan senang hati.
Akhirkata adalah diharapkan kemudahan yang disediakan dapat memuaskan hati semua pihak dan peningkatan perkhidmatan akan terus ditambah dari masa kesemasa. Semoga sedikit perkongsian yang ada membawa manafaat yang banyak demi akhirat yang sangat luas dan abadi..
TERIMA KASIH..